orang perempuan pertama yang merokok di depan saya adalah nenek. ketika saya masih budak-budak saya selalu amati proses membalut tembakau oleh nenek. mula-mula tembakau dilenyek atas tapak tangan kemudian ada serbuk putih yang dicampur sekali dan selepas itu daun digulung kemas dan sedia untuk dibakar. nenek tak berhenti setakat itu, rokok daun akan disusuli dengan tembakau sentil.
masa kecil saya tidak dijelaskan dengan fungsi merokok. Yang saya tahu ada asap masuk dan ada asap keluar. kadang-kadang keluar dari hidung. pada waktu itu saya sangat taksub dengan asap yang keluar dari hidung. saya kira itu cool. sampai satu hari saya cuba meniru gaya itu menggunakan surat khabar. saya gulung dan bakar hujungnya. asap mula berkepul dan saya sedut. hasilnya pahit! kelat! iyeek! tuih! tuih!
hasil pembesaran saya akhirnya menjadikan saya seorang yang memandang dari sudut eksotik terhadap perempuan yang menghisap rokok secara sosial. pada saya mereka lebih cool kalau tidak menunjuk-nunjuk yang mereka seorang perokok. ada dari perempuan yang saya kenal akan hanya merokok bila bersama orang yang mereka selesa. bahkan ada darinya menjadikan rakan perokok sebagai rakan eksklusif mereka. mungkin nenek yang telah menghilangkan prejudis saya terhadap perempuan yang merokok. nenek saya cool, begitu juga anda perokonita.

8 ulasan:
terasa kak ti! ok, kak ti akn stop smoking utk ank2 kmbr ka ti tu. hahahahahahha!!
perokonita..
that is so cool..
i like it!!!!
wah nenek u merokok..
better stop la my friend :)
tell her k..
it's 4 her health juga
huhu
bezanya, siapa yang betul-betul merokok atau siapa yang sekadar menyimpan asap tak sampai ke hujung anak tekak lalu menghembuskannya kembali.
so empunya blog ni merokok tak?? kui..kui..kui..
ade la amik sikit sikit. dalam keadaan sederhana.
moyong aku perokok, atuk ku juga..alfathihah
alfatihah
Catat Ulasan