Rabu

Perempuan

dan ini dan ini dan ini ye. itu sahaja, terima khasih. berapa semua?. setiap hari, ada petang ada pagi pasti minah indon itu akan diziarah. saya makan air tangannya. kadang-kadang kenyang tak bangun kerananya, kadang-kadang tertidur di jamban kerananya. lauknya tak sedap tapi murah dan banyak. cukup sesuai untuk kadar kewangan saya yang tak seberapa mewah. tapi yang duduk di sebelah meja saya nampaknya datang dengan kereta mewah. mungkin kereta mewah sahaja yang dia mampu, kerana dia membawa pulang makanannya.

saya sudah lama tidak membunuh orang. mungkin kebelakangan ini saya bahagia dan tenang tanpa perlu menghapuskan sesiapa. dulu saya membawa senjata kemana sahaja saya pergi. kenduri, kematian, majlis hari jadi, mahupun hari raya boleh saja saya bunuh sesiapa. semuanya bergantung kepada keperluan pembunuhan pada satu satu masa. tapi kebanyakan kalinya saya akan membunuh kerana seseorang itu berada pada tempat dan masa yang baik. sehingga sekarang belum lagi saya membunuh kerana dendam dan semua yang mati akan dibiar mereput secara semula jadi. jadi begini cool bukan? dapat membunuh sesuka hati. koleksi mangsa saya terdiri ramai dari perempuan. saya suka pilih perempuan kerana mereka tidak bangun balik selepas ditembak. mereka tak boleh hidup balik seperti watak lelaki dalam cerita hindustan. tembak terus mati, kan senang.

dan kebelakangan ini juga saya kurang peduli dengan statistik dan naik turun mata wang. saya kira semuanya menuju kegelapan. di zimbabwe 3 biji telur perlu dibayar dengan satu ratus ribu dollar. million, billion, trilion, gigalion dan gazilion membuatkan ekonomi terus kebas. telur makin mahal tapi harga diri makin murah. saya teringat jawapan rakan saya sewaktu di kolej. saya tanya di mana maruah perempuan? jawabnya "celah kangkang"! saya kata jijiknya maruah perempuan kemudian mentertawakanya sehingga tertidur.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

da lme xbunuh org..
haha..

Mahadewaratna_Sari berkata...

haha.. da lupe carenye nak bunuh orang

Noor Hafizah berkata...

huhuhu ngerinya sampai nak bunuh...ke maksud perkataan tu macam ada udang di sebalik mee..owhhh...

Mahadewaratna_Sari berkata...

ade.. memang ade udang. tapi yang ni tak sedap punye

HuRry aDam berkata...

jagalah ,maruahmu wahai wanita

Mahadewaratna_Sari berkata...

haha.. perempuan je ke?

Tanpa Nama berkata...

ko anti ayam ke?

Mahadewaratna_Sari berkata...

ayam tak ayam, yang penting tempe