Jumaat

yasmin's Talentime



Ok, ok aku tak menulis panjang. kali ini ulasan filem akan aku jelaskan pendek-pendek.

Secara keseluruhan, Talentime tiada kejutan dan agak mengecewakan bagi sesiapa yang mengharapkan kelainan dari yasmin. Pendapat aku disokong oleh panggung yang hampir kosong sewaktu tayangan perdana di seremban. Mungkin semua sudah tahu jika menyebut "filem yasmin" sudah pasti ada mat saleh celup, cinta antara kaum dan budak comel yang cakap PPSMI.

Namun begitu, Talentime ada mutu yang baru. Kali ini yasmin cuba mengenengahkan penghargaan yang tinggi terhadap bait puisi dan lagu remaja. Hampir sedikit khayal aku dibuai metafora dan personafikasi puisi dan lagu-lagunya.

Kisah remaja sekolah yang beradu bakat seni disalut dengan rasa cinta dan prejudis perkauman ini pada saya agak supernatural aka tahyul kerana ianya hanya terjadi dalam filem yasmin. Tapi ketahyulan itulah yang seronok ditonton bukan? Aku percaya rakyat malaysia juga telah lama bertahyul untuk meresap kedalam filem yasmin.

Selamat menonton.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tp xrse mcm nk tonton la incik amir..
XD

yatie mj berkata...

bw aku g wyg plesssssssssss!

HuRry aDam berkata...

hahaha! ak akan tonton!

Mahadewaratna_Sari berkata...

aku tak ada duit untuk membayar harga tiket mu mekti

Mahadewaratna_Sari berkata...

adam. ade review bacela