Rabu

MAMA, SORRY SALAH PARKING




SEREMBAN-16 Feb 1.00pm waktu Seremban-KL, di sebuah pekan kecil bernama Ampangan terdapat seorang kanak-kanak telah dikatakan mencuri kereta mamanya dan tersalah parking ke dalam sungai ketika cuba memulangkanya. Kejadian ini berlaku sekitar lewat pagi di hiliran Sungai Landak yang berada betul-betul di belakang Teknik Ampangan.

Tiada pihak berkuasa mahupun ahli politik hadir untuk mengulas, cuma seorang pejalan kaki yang memberitahu insiden ini sambil menambah "tak mengapa, budak tu perlu minta maaf dari mamanya dan biarkan kereta itu hanyut bersama sampah-sampah yang lain".

Hanya seorang wartawan sahaja yang berada di sini ketika gambar ini di ambil. Penduduk tempatan sudah terbiasa dengan keadaan begini ujar En. Kasim yang minum kopi di Restoran Tobing bersebelahan jambatan itu. "Restoran ini cuma sejengkal dari sungai dan pelangganya ramai tetapi tiada siapa pun yang akan peduli pun jika ada dinosor di dalam sungai itu" tambah beliau.

Di sebelah petangnya pula hujan turun dengan lebat sekali. Air sungai naik mendadak dan menghanyutkan kereta jenis perodua kelisa ini sejauh 100meter dari tempat parkingya tadi. Penduduk disini juga mengharapkan supaya hujan turun lebih kerap untuk kereta itu dihanyutkan lebih jauh supaya tidak menyekat aliran sampah yang bakal mereka buangkan ke sungai indah nan bersih itu.

MDRS. untuk serembankl

Tiada ulasan: