Jangan periksa lagi, aku ok... kau dah ke blum?
air mengalir lah, rumput ni tajam lah.. aku rasa nak potong rumput pula. tapi nasib baik tadi ada rumput. tidaklah hangus aku dibuatnya. sebelum ini api baik-baik sahaja bermimpi. tetapi tadi hampir menjilat kepala ku. haah.. aku mengeluh kenapa? letih mungkin penat mengawal angin yang tak kunjung tiba. baiklah, aku akan bangun. aku yakin ini yang terakhir. malas pula rasanya mahu menghidupkan api ini lagi. mancisnya pula sudah disambar tadi.
lihat bulan, cerahnya dia senyum di balik awan. Kau gembira kah bulan?. kalau kau isap rokok agaknya apakah jenamanya? aku masih tetap dengan sampoerna. jiwa remaja konon mahu jadi yang berbeza. tak seperti kau. di sini kau hanya satu. rokok apa pun kau hisap siapa yang peduli? walaupun peragai kau hanya berpusing-pusing, tetapi kau setia dengan bumi dan itulah yang ku anggap penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan