Bukankah burung secara semulajadinya punya upaya untuk terbang? mengapa perlu diajar lagi?
Burung ini istemewa, ia kurang sempurna. ia masih belum menggunakan kepaknya. bahkan ia tidak tahu yang ia mempunyai sepasang kepak yang bakal membuatnya terbang.
Bayangkan anda adalah seorang kapten yang mahir mengemudi kapal laut dengan skill navigasi jitu dan tepat tetapi secara tiba-tiba anda dipaksa mengendalikan kapal terbang. Anda tidak mempunyai pilihan bahkan anda tidak dibenarkan berganjak dari seat pilot itu. Segala yang anda nampak di panel atas, tepi, bawah dan depat tidak anda fahami. Di sebelah tempat duduk itu tedapat satu picu tertera perkataan "eject" yang anda fahami sebagai "escape". Mungkin dengan menariknya anda akan keluar dari pesawat tapi anda takut jatuh di tempat yang tak dikenali. Anda takut sesat dan mungkin mati di tempat asing. Halmet pilot semakin dipenuhi wap, peluh megalir dari dahi ke hidung. 4000 kaki di udara dan anda sedar bahawa ini bukanla tempat anda.
Nota:
woit karimah, ni aku buat gak! hahaha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan