Rabu

Gembira




Hari ini saya amat gembira selepas melihat sebuah gambar kecil di sebuah laman web. Gambarnya cerah, ada lelaki ada perempuan. Mereka bagaikan sepasang kekasih kerana tubuh berpelukan dari sisi. Berdua tersenyum dan yang perempuan itu tersentilkan sedikit lidahnya. Saya kira gambar ini ada pasangan cantik dan segak. Gembira datang bukan dari gambar tetapi dari kelakuan melihatnya. Ada kekasih lama saya di dalamnya dan saya menonton gambar itu sambil terseyum puas. Mungkin seperti lega terlepas dari gari.

Saya jadi teruja lalu mengirimkannya sepucuk salinan kepada kawan dengan ulasan “saya kini boleh bergembira tanpa rasa bersalah”. Bagi yang belajar PPSMI ini adalah “innocent happines”. Gembira jenis ini tidak sama dengan kegembiraan sewaktu mendapat hadiah hari jadi ataupun gembira ketawa dalam herba. Gembira jenis ini lebih suci dari gelas awek bergetah dalam kelab malam dan lebih putih dari kulit muka khir toyo. Gembira jenis ini hanya berlaku sesudah kebenaran diambil berat dan kata-kata dilaksanakan. Ia mungkin sama seperti kegembiraan sewaktu mendapat tahu madei mati tecekik biji durian. Apapun cara mentafsirkannya, yang pasti saya sedang gambira dan tersenyum simpul ketika menaip text ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mti tcekik bj durian!..
haha

Mahadewaratna_Sari berkata...

haha, kejam kan