Khamis

deeba cakap : "ade aku kisah?"

1. Bekas kekasih saya adalah
antara guru terbaik

2. Saya sedang mendengar
bunyi aircond

3. Mungkin saya patut :
joging sebelum balik semban

4. Saya suka
perempuan

5. Sahabat-sahabat baik saya
ada di mana-mana

6. Saya tak paham
kenapa saya terlalu memahami

7. Saya kehilangan
kebolehan untuk setia

8. Ramai yang berkata
saya gila

9. Makna nama saya
menggambarkan saya secara semi-terbalik

10. Cinta itu adalah
modal menulis

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
merindui saya

12. Saya akan cuba
jadi doktor sebab tulisan tangan dah sesuai sangat

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
ketakutan

14. Telefon bimbit saya
recorder paling handy

15. Bila saya terjaga dari tidur
saya akan fikir logiknya saya mandi atau tidak

16. Saya paling meluat apabila
orang tak berakal buat keputusan bodoh

17. Pesta/Parti adalah
tempat yang banyak peluh dan kulit bersentuhan

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
arnab

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
darjah dua

20. Hari ini
balik semban

21. Malam ini saya akan
berseni

22. Esok pula saya akan
tak sedar diri

23. Saya betul2 inginkan
sebuah kandang arnab

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
hensem

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
niether, bising, ramai orang

26. Makanan Barat atau Jepun
yang mana lebih murah, asalkan jangan kedai keling

27. Bilik yang terang atau gelap
gelap

28. Makanan segera adalah
untuk orang yang nak cepat

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye..

Ultra Denial

Semalam aku ke bandar di-raja shah alam. niat mahu makan buah, buah di makan dan pulang ke rumah. tapi sekarang baiduri sudah mula menjaga vagina. memang seronok bunyinya. seperti menambah babak foreplay sebelum bertitis-titis.

aku petik ungkapan yahudi mengenai peraturan:

aku suka peraturan, mengenalinya membolehkan aku boleh mengelaknya. aku adalah seorang penyokong setia kepada porak-peranda, pada sistem yang halimunan.

Isnin

terbarai

lalu dia menghanyut dalam bulatan
hanya untuk sampai ke jalan buntu
dan melutut kepada substansi
yang pernah membawanya ke sana

dalam kekerasan, kekecewaan, ia menangis kepada tuhan atau kepada siapa-siapa...
apakah maksud kegilaan ini, apakah dia cuma
sebuah tragedi?

Dia merasa sendirian
Hatinya di tangannya
Dia sendiri, Dia merasa sendirian
Aku merasa ....

Kemudian pada hari terakhir dia terbarai
Berdiri tegak
dan menjerit... dan menghapus hidupnya

Rabu

Marlia Musa


























"kak! bang Nasir mane?"
"dia tak mau datang"

Ahad

mengajar burung terbang

Bukankah burung secara semulajadinya punya upaya untuk terbang? mengapa perlu diajar lagi?
Burung ini istemewa, ia kurang sempurna. ia masih belum menggunakan kepaknya. bahkan ia tidak tahu yang ia mempunyai sepasang kepak yang bakal membuatnya terbang.


Bayangkan anda adalah seorang kapten yang mahir mengemudi kapal laut dengan skill navigasi jitu dan tepat tetapi secara tiba-tiba anda dipaksa mengendalikan kapal terbang. Anda tidak mempunyai pilihan bahkan anda tidak dibenarkan berganjak dari seat pilot itu. Segala yang anda nampak di panel atas, tepi, bawah dan depat tidak anda fahami. Di sebelah tempat duduk itu tedapat satu picu tertera perkataan "eject" yang anda fahami sebagai "escape". Mungkin dengan menariknya anda akan keluar dari pesawat tapi anda takut jatuh di tempat yang tak dikenali. Anda takut sesat dan mungkin mati di tempat asing. Halmet pilot semakin dipenuhi wap, peluh megalir dari dahi ke hidung. 4000 kaki di udara dan anda sedar bahawa ini bukanla tempat anda.

Nota:
woit karimah, ni aku buat gak! hahaha!

BERLINDUNG

Verse 1
Wahai kekasih malam ini kau tidur dimana?
dalam pelukan siapa kau berlindung?
adakah kau bersama teman-teman atau laki-laki mu?
Tapi bukanlah aku kekasihmu
Wahai maaf aku kasar lagi
lihat itu, kesan cakaran aku
Aku "ter" dan "ter"
Aku "rasa" dan "ingat
Hingga terkesan lalu berhenti

chorus
Aku ini jalang
Kau takan berhenti mencakarku
Cintamu aku sanjung
Namun cinta bukan untuk kau seorang

Verse 2:
Dan biarpun kau binatang sayang
sayang,
Aku ini hanya mahu menjadi tuan mu
Melindung dari nafsumu
Melindung dari rakusmu
Pasti kerana itu kau tak tahu

Repeat Chorus 4 times

Nota:
woit karimah, ni aku yang buat. ni bukan tempek.

Cita cita

cita cita

Cita cita

Apa yang anda paham tentang cita-cita?. Mungkin anda akan beraggapan bahawa cita-cita itu adalah sebuah impian. Ada juga sesetengah orang beranggapan bahawa cita-cita sebagai pekerjaan pada masa depan yang kita ingini atau siapa kita pada masa depan. Namun bagi saya, perkataan ‘cita-cita’ ini tidaklah dapat saya pahamkan maksudnya sehingga sekarang. Bagi saya perkataan ini amatlah susah untuk dipahami dan kekeliruan bertambah hari demi hari apabila saya memikirkannya. Haruslah saya bersurah disini bagaimana saya pertama kali mengenali perkataan ‘cita-cita’ itu.

Waktu itu saya baru berusia 8 tahun dan baru berpindah dari Kuala Pilah ke Seremban. Kebiasaannya apabila berpindah ke tempat yang baru sekolah juga seharusnya baru. Jadi, sekolah baru saya telah awal-awal lagi ditentukan oleh bapa yang cuma terletak tidak jauh dari rumah baru kami. Setelah 3 bulan bersekolah disitu saya dipanggil oleh guru kelas untuk mengisi borang berwarna biru. Walaupun tidak mengetahui purpose sebenar borang itu tetapi disurahkan bahawa di waktu itu jugalah saya buat pertama kalinya terbaca perkataan ‘cita-cita’. Perkataan itu terletak pada kaki borang yang mana perkataan sebelumnya adalah ‘kokurikulumn’ dan diselangi beberapa kolumn sebelum ketemu ‘cita-cita’. Cita-cita juga punyai kolumnnya sendiri.

Saya disuruh oleh cikgu untuk memenuhi ruangan kosong dengan maklumat yang saya tahu. Pada masa itu apa yang saya tahu hanyalah nama sendiri, ibu, bapa, berapa orang adik beradik dan tarikh lahir saya. Justeru, yang mana diketahui akan dipenuhkan oleh saya. Jadi bagaimana dengan ruangan kosong yang bersepah itu? Kalu satu tak mengapa tapi bersepah-sepah.

Seperti biasa, saya membiarkan kerja separuh jalan dan hantar terus kepada guru kelas. Ini dah jadi habit sejak kecil dan akibatnya nama saya dipanggil sebelum sempat saya duduk disebelah Salahudin, mamat ¾ merangkap rakan karib semasa di darjah dua. Saya bergegas ke meja cikgu dan perbualan seperti ini mengambil tempat.

Cikgu: yang ni, ni, ni... kenape tak isi?

Saya lihat kembali borang itu dan memang ada tiga kolum yang saya kosongkan. Sukan, badan beruniform dan cita-cita. Lalu saya katakan cikgu bahawa pelajar baru seperti saya tidak berpeluang untuk mendaftar badan beruniform dan saya tidak bersukan kerana tiada bakat (walhal saya menggangap benda itu semuanya tidak berfaedah dan menolak untuk membazirkan masa dengan meletihkan badan) alasan sukses! Malangnya saya terlupa tentang ‘cita-cita’.

Cikgu: cita-cita kamu?

Saya: err ........... ape tu cikgu?

Cikgu: ambition kamulah. Kamu nak jadi ape bile dah besar nanti?

Saya: huh! Boleh ke?

Cikgu: dah lah, ambil ni, pergi tempat kamu dan tanye salahudin. Lepas tu lengkapkan

Ding!! Saya pening. Saya pada masa itu tidak mempunyai gambaran keinginan untuk menjadi apa-apa ketika sudah dewasa kelak malahan saya tidak tahu apa yang saya boleh jadi bila dah ‘besar’ nanti. Lalu saya tanyakan kepada Salahudin ¾ tentang perkara yang saya anggap abstrak ini. Jawapnya mudah “bomba,polis,tentera”. Saya paham mengapa jawapannya begitu kerana sebelum dia menghantar borangnya dia sempat menjenguk beberapa borang rakan sekelas yang lain. Dan hebatnya kelas saya dulu adalah semua cita-cita hampir sama. Kalau ada yang lain pun datang dari murid yang berparentkan makbapak yang cakap omputih di rumah. Itupun tak lain tak bukan cita-citanya adalah doktor,saintis,engineer dan beberapa ilusi masa depan yang tercipta dari kehebatan imaginasi makbapak mereka. Seolah olah anak mereka telah dimomokan dengan kebagusan dan kehebatan tentang berprofesion seperti apa yang difahami masyarakat sebagai profesion yang ‘profesional’. Peliknya tiada pula yang bercita-cita untuk menjadi bos.

Apakah menjadi bos tidak cukup profesional bagi makbapak yang cakap omputih ini sehinggakan dari kecil anak-anak ini dimomokkan tentang berkerja dalam bidang yang profesional ini? Apakah bagus bercita-citakan ilusi seperti ini? Persoalan ini saya bangkitkan bukanlah kerana saya tidak suka dengan profesion yang profesional ini tetapi bagi saya ibu bapa tidak seharusnya meletakkan imiginasi mereka dalam bentuk cita-cita anak. Kalau ia pun ingin anak-anak itu berjaya mengapa memilih pekerjaan untuk dijadikan cita-cita? Kalau habis semua orang melayu dah jadi pekerja siapa nak jadi bos?
Akhirnya apa yang kita dapati sekarang orang cina yang takpernah habis sekolah menjadi bos-bos besar dan multibilionair yang menggaji masyarakat melayu yang sejak kecil lagi dicita-citakan menjadi pekerja. Bos cina ini mungkin telah dikerah untuk menjalankan perintah makbapak mereka semasa kecil tetapi tidak pula dimomok untuk menjadi orang suruhan pabila sudah dewasa. Baik dalam bidang apa pun yang diminati oleh anak, makbapak seharusnya wajib menggalakkan anak mereka supaya menjadi orang tersohor dan legend pabila dewasa bukannya menjadi pak turut atau tukang ikut bontot.

Dan sekarang ramai garaduan mengganggur. Sebabnya? Sifat lahiriah kita masyarakat melayu ini sejak lahir lagi telah diajar menjadi pengikut. Saya tidak hairan mengapa ramai melayu yang menjadi mat rempit, punk, skin head, konsi gelap dan pekejadah yang lain kerana sifat mengikut bontot orang telah dari kecil lagi diajar dan disemulajadikan dalam pemikiran melayu. Kita buleh lihat perkara ini secara senang sekiranya saya memberi anda contoh seperti perniagaan MLM (Multi Level Marketing) atau Skim Tiga Segi Terbalik. Siapa yang punya company? Siapa pula yang yang membontot? Siapa diperbodoh dan berhujah untuk membodohkan orang lain itu siapa lagi kalau bukan Malay?

Saya tidak menyalahkan kapitalis Cina kerana memporbodohkan melayu yang sedia bodoh kerana jika saya seorang Cina yang tinggal dalam negara yang mempunyai bangsa yang bodoh dan berdana besar (banyak duit di bagi kerajaan) –modal insan Fuck!-- seperti ini semestinya saya juga turut mengambil peluang atas kebodohan itu. Yang saya marahkan adalah mengapa mesti menjadi pengikut?

Atau ini mungkin datang dari acuan politik yang memainkan peranan besar in running the Dasar Pembodohan Rakyat? Maafkan saya kerana membangkitkan perkara yang tak pernah di dengar. Tetapi tahukah anda Dasar Pembodohan itu wujud? Mungkin anda tidak sedar kerana ia tidak pernah dibincang di dewan rakyat dan tidak pernah pula ada tradisional media driven by BN yang tulis tentang Dasar bodoh ini kerana ia bukan termaktub dalam satu dasar yang sah. Ia adalah satu kompilasi beberapa dasar yang akhirnya membentuk satu dasar yang saya panggil Dasar Pembodohan Rakyat. Jika anda menuduh saya mereka-reka cerita dan berbohong di sini, anda memang benar. Dasar Pembodohan Rakyat sememangnya tidak wujud. Ia hanya rekaan saya. Rekaan yang tercetus dari pemerhatian dan kebencian terhadap rahsuah dan pengurusan kerajaan yang sentiasa menghalang rakyat mengumpul maklumat dalam menjadi individu yang bebas dalam menggerakkan akal fikiran dan berkongsi rasa bersama rakyat seluruhnya. Perkara penting di sini adalah rakyat amnya tidak sedar bahawa mereka sedang diperbodohkan dengan ilusi dan cerita karut.

karimah woit! ni aku buat gak

Sabtu

Pesta? buku KL

hanya sedikit sahaja yang mahu diperkongsi di sini. harap, kenalan yang ada membaca boleh turut serta berenang dalam bau ketiak di celah2 timbunan buku. saya akan berada di sebelah booth Pearson

Rabu

boni boni boni! or what ever names you use, this is for you!

Do not reproach me over wine, my friend,
Do not scorn me with a frown for drinking;
Merciful god has decreed a love for her of me
And those with whom I pass the time;
My heart has fallen for her, and this passion has made me
think little
Of spending upon her all valuable I own;
I have become insane for this delicate virgin
Who excessively violent in the glass and headstrong
You would consider her cup in the mixing to be decked out
In the headdress of a bride;
She rends the veil of one’s heart, provoking
Innermost secrets to be divulged.


(Abu Nawas-Udhris)

please be informed, the latest mind-alteration session is worth USD200, do remit payment via postal order or credit card.

warm regard,
Maha.


hahaha...

small idea, dear writers

What you write determine who you are and what you get

How you write it
reveals what you want
and how badly you want it

Whether or not you write
determines how loud your voice is
and how far across the room your words will reach

Evolusi Simpati

fenomena evolusi simpati telah datang dari hembusan beberapa ekor malaikat. antara nama malaikat tersebut termasuklah kebajikan, pasaran, penerokaan, pentas, dan penyiksaan. sejarah evolusi simpati berkembang dalam bingkai ketercepatan dan beberapa artifak yang mana sebuah pengetahuan tentang bagaimana perasaan menjadi orang lain adalah secara alternatifnya terhasil dari janji yang tak direlakan dan semasa sedang dalam kesedaran yang diri sedang dimanipulasi. jadi, soal masa depan sosial, bagaimana simpati terjadi dan kemana ia pergi adalah terkait sesama sendiri.


rumah joni, semasa soal pengemis dibangkitkan

Selasa

Breath

breath -
to start the
Inflation
Elevation
Soaring sensation
Levitation
Everlasting elucidation
Until that sudden deflation

Sabtu


carpeted floor finish : RM 3 per sq/ft
air conditioned room : RM 500, plus everyday cost from RM 2 to RM 5
shelves : from RM 35 to RM 120 each
coffee maker + container : RM 50
books + shipment (each box): from 1200 pound sterling to 3000 euros

go! go!

with everything else under control, i have Visa to assist my financial needs.


if there is heaven on earth,
it better be filled with books
or I'm staying with my room.


Jumaat

Maha ordinary

i was not abuse, abandoned or locked up as a child. my parent were not alcoholic, nor were they divorced or dead. we did not live in poverty or in misery, or in an exotic country. i am not a misunderstood genius, a former child celebrity, or the child of a celebrity. i am not a drug addict, sex addict, food addict, or recovered anything. if i indeed had a past life, i have no recollection of who i was.

i have not survived against all odd
i have not lived to tell
i have not witnessed the extraordinary

this is my story. i am ordinary.

Rabu

Gembira




Hari ini saya amat gembira selepas melihat sebuah gambar kecil di sebuah laman web. Gambarnya cerah, ada lelaki ada perempuan. Mereka bagaikan sepasang kekasih kerana tubuh berpelukan dari sisi. Berdua tersenyum dan yang perempuan itu tersentilkan sedikit lidahnya. Saya kira gambar ini ada pasangan cantik dan segak. Gembira datang bukan dari gambar tetapi dari kelakuan melihatnya. Ada kekasih lama saya di dalamnya dan saya menonton gambar itu sambil terseyum puas. Mungkin seperti lega terlepas dari gari.

Saya jadi teruja lalu mengirimkannya sepucuk salinan kepada kawan dengan ulasan “saya kini boleh bergembira tanpa rasa bersalah”. Bagi yang belajar PPSMI ini adalah “innocent happines”. Gembira jenis ini tidak sama dengan kegembiraan sewaktu mendapat hadiah hari jadi ataupun gembira ketawa dalam herba. Gembira jenis ini lebih suci dari gelas awek bergetah dalam kelab malam dan lebih putih dari kulit muka khir toyo. Gembira jenis ini hanya berlaku sesudah kebenaran diambil berat dan kata-kata dilaksanakan. Ia mungkin sama seperti kegembiraan sewaktu mendapat tahu madei mati tecekik biji durian. Apapun cara mentafsirkannya, yang pasti saya sedang gambira dan tersenyum simpul ketika menaip text ini.

Sabtu

Here we go

and so it begin - again. new chapter with same old story.

Shooting stars

kadang-kadang terasa diri seperti tahi bintang, bila diluahkan aku bersinar. garis cahaya yang merentas langit bila disuruh yang lain melihatnya ia hilang. lalu mata yang melihat akan dipersoalkan. "benarkah kau melihat shooting-stars tadi?"

"benar, sebab itu sekarang kau tak nampak, ia adalah shooting-stars"

Jumaat

mula mula ambil kamera. snap snap snap. kemudian lihat hasilnya. kalau ada yang nampak perut boroi buang. gambar berjerawat buang. dan muka sentil juga harus dibuang. selepas itu pilih yang mana satu memberahikan orang lain. hmm.. yang ni nampak cantik. bibir pink, rambut berjurai dalam keadaan semi-gothic, senyum ala menggoda cara sopan dan peace!.

myspace dah letak, facebuk dah letak, tweeter dah letak, tagged dah letak, owh owh! aku belum ada blog!. hmm.. cepat fikirkan nama. lentok_patah_patah.. kewl!. ok, ok, hmm.. pilih warna pink, sidebar letak salahsilah keluarga dari onyang sampai cicit. saya suka makan bla bla bla dan wallah! siap.

hmm.. sekarang masa test market. wuhu! ada jantan komen!. fuhh, cover cun, mesti balas komen nih, jap ape dia tulis? "muke kau cam tapir".



Khamis

Hari Rehat

tak ada apa yang nak dikata

Rabu

Perempuan

dan ini dan ini dan ini ye. itu sahaja, terima khasih. berapa semua?. setiap hari, ada petang ada pagi pasti minah indon itu akan diziarah. saya makan air tangannya. kadang-kadang kenyang tak bangun kerananya, kadang-kadang tertidur di jamban kerananya. lauknya tak sedap tapi murah dan banyak. cukup sesuai untuk kadar kewangan saya yang tak seberapa mewah. tapi yang duduk di sebelah meja saya nampaknya datang dengan kereta mewah. mungkin kereta mewah sahaja yang dia mampu, kerana dia membawa pulang makanannya.

saya sudah lama tidak membunuh orang. mungkin kebelakangan ini saya bahagia dan tenang tanpa perlu menghapuskan sesiapa. dulu saya membawa senjata kemana sahaja saya pergi. kenduri, kematian, majlis hari jadi, mahupun hari raya boleh saja saya bunuh sesiapa. semuanya bergantung kepada keperluan pembunuhan pada satu satu masa. tapi kebanyakan kalinya saya akan membunuh kerana seseorang itu berada pada tempat dan masa yang baik. sehingga sekarang belum lagi saya membunuh kerana dendam dan semua yang mati akan dibiar mereput secara semula jadi. jadi begini cool bukan? dapat membunuh sesuka hati. koleksi mangsa saya terdiri ramai dari perempuan. saya suka pilih perempuan kerana mereka tidak bangun balik selepas ditembak. mereka tak boleh hidup balik seperti watak lelaki dalam cerita hindustan. tembak terus mati, kan senang.

dan kebelakangan ini juga saya kurang peduli dengan statistik dan naik turun mata wang. saya kira semuanya menuju kegelapan. di zimbabwe 3 biji telur perlu dibayar dengan satu ratus ribu dollar. million, billion, trilion, gigalion dan gazilion membuatkan ekonomi terus kebas. telur makin mahal tapi harga diri makin murah. saya teringat jawapan rakan saya sewaktu di kolej. saya tanya di mana maruah perempuan? jawabnya "celah kangkang"! saya kata jijiknya maruah perempuan kemudian mentertawakanya sehingga tertidur.