Khamis

KAYA LEPAS CERAI

Semakin ramai lelaki hidup mewah lepas cerai BH

ADA satu fenomena pelik dan tidak seimbang membabitkan golongan lelaki dan wanita di Britain ketika ini, yang berkemungkinan besar turut berlaku di pelusuk lain dunia.

Fenomena kewujudan semakin ramai duda kaya atau lelaki yang menjadi kaya raya selepas bercerai. Ini bukan andaian semata-mata tetapi hakikat yang semakin ketara di negara maju itu seperti dibuktikan satu kajian terbaru Institut Penyelidikan Sosial dan Ekonomi Britain.

“Percaya atau tidak, hakikatnya, semakin ramai lelaki Britain, terutama kalangan bapa menjadi kaya raya selepas bercerai. Pendapatan mereka meningkat kira-kira 25 hingga 30 peratus berbanding ketika masih memegang status sebagai suami,” kata Pengarah institusi itu, Profesor Stephen Jenkins yang juga Pengerusi Majlis Persatuan Penyelidikan Pendapatan dan Kekayaan Antarabangsa yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Apa yang menyedihkan, senyuman lebar yang dilemparkan golongan suami itu sebaliknya menyaksikan wajah mencuka di kalangan isteri yang menjanda apabila pendapatan wanita ini susut lebih 20 peratus.



mungkin selepas ini akan keluar buku "RAHSIA DUDA KAYA", "CERAI BOLEH KAYA", "KATAKAN YA KEPADA CERAI", "MARI BERCERAI", Dan banyak lagi yang menggalakan penceraian haha...

2 ulasan:

HuRry aDam berkata...

kes nyer? perempuan jugaklah jd mangse yer:)

pablo berkata...

kah kah kah!!
labels ko memang kelaka!